.
.
>Wadah Penggerak Ekonomi Ummah<
...




MASA ITU KEHIDUPAN

"Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan rancanglah hari esok agar lebih baik dari hari ini"






 


_________________________________________________
VISI
Menjadi sebuah syarikat permodalan yang unggul dalam 
menggerak dan membangunkan ekonomi negara
Objektif
Mengumpul dan menyatukan semua peniaga/usahawan muslim 
untuk bekerjasama memperkukuh ekonomi ummah
Matlamat
Menghasilkan masyarakat  peniaga/usahawan yang dinamik, 
proaktif dan berwawasan yang menyumbang kepada 
pembangunan insan dan kebendaan
MOTO
"Berniaga Sebagai Wasilah Untuk Berubudiyah Kepada Allah"
________________________________________________________________
.
Jaringan Komuniti Usahawan Muslim (JARIKU) dibangunkan dengan tujuan untuk mengumpul dan mengerakkan semua para peniaga, usahawan dan professional muslim ke arah kerjasama ekonomi yang menjurus kepada pembentukan masyarakat/ummah yang dinamik, proaktif dan berwawasan.

Adalah diharapkan dengan kewujudan JARIKU ini, akan memberi manfaat kepada masyarakat peniaga, usahawan dan professional disamping menjadi wadah dan rujukan kepada para pengguna khususnya dikalangan umat Islam untuk mendapatkan apa sahaja produk dan perkhidmatan yang dijual atau ditawarkan oleh para peniaga, usahawan dan professional muslim.

Sekarang ini, kita sedang berada dalam "Era Globalisasi" di mana mahu tidak mahu masyarakat peniaga, usahawan dan professional muslim perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan mengenai ICT untuk berhadapan dengan realiti yang hampir keseluruhannya kelak akan mengubah corak urusniaga, perhubungan, pemasaran, perkhidmatan dan sebagainya.

Kemunculan JARIKU adalah merupakan usaha kita bersama yang merasa terpanggil untuk menyediakan suatu "Wadah Penggerak Ekonomi Ummah" yang relevan dengan perkembangan dunia terkini. Kecanggihan teknologi ICT masakini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga, usahawan dan professional muslim melalui jaringan informasi yang akan dibangunkan setiap hari di halaman ini, insyaAllah.

Melalui JARIKU ini para peniaga, usahawan dan professional muslim boleh berta'aruf (berkenal-kenalan), memperluaskan kontaks, membina rangkaian perniagaan, perkhidmatan, pemasaran dan perkongsian bestari, menjalin muafakat, bekerjasama dalam mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan, menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan daripada mereka yang telah berjaya disamping berpeluang memperkenalkan produk dan mengembangkan perniagaan atau perkhidmatan ke peringkat antarabangsa.

Secara tidak langsung kewujudan JARIKU insyaAllah berpotensi membentuk suatu rangkaian perkhidmatan, perniagaan dan pemasaran global yang akan diterajui oleh umat Islam. Sebagai para peniaga, usahawan dan professional muslim, kita harus peka terhadap keperluan bekerjasama dalam membangun dan memartabatkan kembali sistem ekonomi yang berteraskan Islam.

Kepada para para peniaga, usahawan dan professional muslim, marilah bersama kita mengambil manfaat daripada kewujudan halaman web ini untuk membina kembali kekuatan ekonomi ummah melalui penyertaan beramai-ramai ke dalam komuniti ini. Semua ini kita usahakan bersama demi melaksanakan amanah dan tugas untuk membela nasib umat Islam yang rata-rata pada hari ini ditindas, dihina dan diperbudakkan lantaran tiada pembelaan daripada mereka yang seharusnya bertanggungjawab. Penyertaan anda dalam komuniti ini hakikatnya adalah amat bernilai dan ianya adalah merupakan satu sumbangan yang sungguh besar ke arah pembangunan dan kesejahteraan ummah di masakini dan akan datang, insyaAllah.

Anda boleh menyertai JARIKU ini secara percuma dan memperkenalkannya kepada rakaniaga, usahawan dan professional yang anda kenali untuk bersama-sama menyertai komuniti ini dengan menggunakan atau mengisi BORANG PENYERTAAN secara online di sini. SILA KLIK >>>
Semua maklumat mengenai penyertaan anda yang berupa perniagaan, produk, perkhidmatan dan nombor perhubungan akan dipaparkan dalam Direktori Jaringan Komuniti Usahawan Muslim Edisi Internet

Kerjasama anda dalam menyebarluaskan maklumat mengenai JARIKU, sangat dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya dalam apa jua perkara yang anda usahakan.

Firman Allah SWT yang bermaksud;


"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran (kerosakan dan maksiat)" - Surah al-Maidah:2

"SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMAL KAMU" 

Yang berusaha,

Ahmad Bahari Mokhtar
Pengasas & Penggerak Utama JARIKU





MOHON KAD JARINGAN HARI INI
-------------------V-------------------

-------------------V-------------------





______________________________________________________________________________________________
| Web Design by: ABM | HOTLINE: 0105115185 / 0186674384 | Copyright © 2013-2017 Jaringan Komuniti Usahawanan Muslim All Rights Reserved | Kemaskini Akhir: 24/02/2017 |