| BORANG PERJANJIAN JUAL BELI | BORANG MASALAH | INFO PERUBATAN | MANUAL PENGGUNA ATOPUP | SAHAM AKHIRAT  |













Daftar Sebagai Pengguna Bijak
Dapat Kredit Topup RM10 PERCUMA


"MASA ITU 
KEHIDUPAN"
"Jadikanlah hari ini 
lebih baik dari semalam 
dan rancanglah hari esok 
agar lebih baik
dari hari ini "

TAWARAN
PERKHIDMATAN
IKLAN BUDGET
di JARIKU
bayar RM1,000.00 
SEKALI SAHAJA
"JAMINAN WANG 
DIKEMBALIKAN"










KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR






























BIT HIBAH
[ 999,999,999 UNIT ]
BELI: 12,825
1 UNIT = RM1.00 | BAKI = 999,987,174
JUAL: 12,825
1 UNIT = RM1.10 | RM14,107.50

BIT ZAKAT
KUTIPAN: RM620 | AGIHAN : RM620
BAKI = RM0

Pengkalan Data
BIT HIBAH0001

Pengkalan Data
BIT ZAKAT0001




Selamat datang ke halaman utama
SAHAM  AKHIRAT
Halaman ini menyediakan pelbagai peluang untuk anda melakukan kebajikan, menghulurkan bantuan dan menyimpan bekalan untuk kehidupan akhirat. Berinfaqlah, bersedekahlah sementara Allah masih memberi kesempatan kepada kita dengan umur dan rezeki yang mungkin tidak diberikan kepada orang lain lantaran Dialah yang lebih mengetahui siapakah yang lebih layak dan lebih bertaqwa diantara kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepertimana yang diperintahkan Allah SWT dalam banyak ayat-ayat Qur'an dan Hadis-hadis dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Memberikan sedekah bagi siapapun, yang kaya atau miskin sangat dianjurkan dalam Islam. Dan Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang gemar bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang rajin bersedekah. Ada 3 janji Allah yang diberikan kepada mereka yang bersedekah. Janji Allah SWT tersebut telah disampaikan melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.

(1) Boleh Menghapuskan Dosa - Sedekah boleh menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api."(HR. Tirmidzi).

Tentu saja penghapusan dosa ini harus disertai dengan doa dan taubat nasuha dari perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Taubat bermakna harus berhenti daripada dosa yang pernah dilakukan. Apa yang penting untuk difahami dalam amalan sedekah ini ialah apa yang hendak disedekahkan itu mestilah bukan berasal dari perbuatan yang melanggar syariat, seperti rasuah, riba, mencuri, berbuat curang, mengambil harta anak yatim dan sebagainya. Perilaku seperti diatas tentu saja tidak dibenarkan dalam agama Islam. Mereka yang sengaja merancang dan melakukan hal-hal yang bertentangan dengan syariat islam, kemudian bersedekah dengan niat agar terhapus atau tidak ada dosa, hal itu ibarat membersihkan kekotoran(dosa) dengan najis(rasuah dan sebagainya). Apapun sekiranya mereka yang bersedekah itu bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan yang mengundang dosa seperti sebelumnya, maka hal itu kita serahkan kepada ALLAH SWT. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Pengampon segala dosa kecil mahupun besar, insyaAllah.

(2) Mendapat Naungan Di Hari Kiamat - Rasulullah SAW menceritakan tentang tujuh jenis manusia yang akan mendapat naungan di suatu hari yang ketika itu tidak ada naungan selain dari Allah SWT. Salah satu jenis manusia yang mendapat naungan itu adalah orang yang gemar bersedekah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya." (HR. Bukhari no. 1421).

(3) Harta Tidak Akan Berkurang - Janji Allah SWT yang sangat hebat. Ketahuilah bahwa harta mereka yang bersedekah tidak akan berkurang meski disedekahkan semuanya atau hanya sedikit yang tersisa buat keperluannya sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya." (HR. Muslim).




BERIKUT ADALAH INFO 
MEREKA YANG MEMERLUKAN
BANTUAN SEGERA !!!



Assalamualaikum Dato'/Datin/Tuan/Puan dan Sahabat sekalian..

Semoga dirahmati Allah SWT.

Mohon izin di sini saya Ustaz Bisri ibrahim mewakili Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan dan Maahad Tahfiz Darul Hidayah memerlukan sumbangan untuk beberapa keperluan pelajar seperti dibawah:
1. Beras 2. Minyak masak (d'saji atau alif) 3. Susu 4. Gula 5. Bihun (buatan muslim) 6. Rempah ratus( bawang, cili kering, cili, halia, dll) 7. Barang2 keperluan minuman seperti tamar cocoa, nescafe horlics dll 8. Kicap (buatan muslim) 9. Sayur sayuran 10. Mee kuning/Kuew teow (buatan muslim) 11. Sos 12. Garam dll.

Sumbangan boleh dibuat terus ke alamat berikut: 
MAAHAD TAHFIZ MASJID AL RIDHUAN 
BATU 7 1/2, JLN HULU KELANG 68000 AMPANG SELANGOR

atau sekiranya berhajat untuk memberi wang tunai boleh dimasukkan 
ke dalam akaun berikut; 
Bank Muamalat 14030006472717 Akademi Darul Hidayah
atau
Bank Islam 12113010001632 Maahad Tahfiz Masjid al Ridhuan

Segala perhatian dan sumbangan Ybhgia Dato, Datin, Tuan dan Puan didahului dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.Terima kasih.

Info lanjut boleh hubungi saya; 
Bisri Ibrahim 0126777774 (Mudir & Pengerusi MAAHAD)
 atau Puan Badria Badrun 0163430765(Admin Maahad Tahfiz).



Assalamualaikum Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato/Datin/TuanPuan 
yang Di Rahmati dan Di Kasihi Allah...
Ada Jiran kita yg menetap di komuniti 14 sedang diuji Allah..keluarga ini menetap di Apartment Presint 14, blok E

Walaupun duduk didalam Putrajaya, tetapi hakikatnya miskin bandar. Keluarga ini mempunyai anak seramai 11 orang. 2 daripadanya diuji dengan masalah kesihatan.

Ibunya seorang kakitangan kerajaan bekerja sebagai kerani. Ayahnya dulu ada perniagaan kecil-kecilan, tapi kemudian kedainya terbakar, semua mesin musnah, sekarang berkerja sendiri (ejen koperasi yang bergantung  kepada komisen semata-mata)

Kehidupan mereka sekeluarga jadi susah selepas kedai ayah mereka terbakar. Walaupun hakikatnya sebelum ini mereka susah tapi tak pernah meminta-minta. Sebab itu pihak sekolah baru dapat tahu walaupun dah bersekolah di situ sejak sekolah dibuka.

Tak cukup dengan itu diuji oleh Allah, anak ke 7 baru sahaja disahkan kanser, terpaksa berulang alik ke HKL. Dan seorang lagi anak yg baru darjah 5 juga disahkan mempunyai masalah jantung.

Ini anak-anak mereka :-
No. 1 - Saedah  (Tingkatan 5)
No. 2 - Tirmizi (Tingkatan 4)
No. 3 - Syamimi (Tingkatan 2)
No. 4 - Muadz (Tahun 6) 
No. 5 - Maisarah (Tahun 5)
No. 6 - Zubair (Tahun 4)
No. 7 - Hudzaifah (Tahun 1)
No. 8 - Qalesya (5 tahun)
No. 9 - Erlynda (4 tahun)
No.10 & No. 11 - Ubaidah & Uzair (5 bulan kembar)

Saya sebagai wakil PIBG SKPP14(1) telah menziarahi keluarga ini bersama guru. Buat masa ini ibu dan ayah terpaksa bergilir-gilir menjaga anak di HKL dan anak-anak yg masih kecil dirumah. Bantulah mereka untuk ringankan beban. Sumbangan boleh disalurkan kepada ibu anak-anak ini ;

Mbb 164155519506 Sharifah Suraya Bt Syed Hussin
(Ibunya ??. Boleh dihubungi di talian 017-2102800

Bagi si kembar, jika mahu bantu beri keperluan, anak ini minum susu Dutch Lady (0-6 bulan), dan pampers Saiz 'S'.

Semoga sumbangan ikhlas kita dapat membantu meringankan beban mereka dalam membesarkan anak-anak.
 


----------------------------------------Copy&Paste dari WhatsApp #Perihatin----------------------------------------
Keperluan makanan bulanan dibawah ini adalah kepada para penuntut2 ilmu dan para pelajar2 Al-Qur'an darul ulum Az-zuhri
----------------------------------------Copy&Paste dari WhatsApp #Perihatin----------------------------------------

1.Beras 30kg 2.minyak masak 5L 3botol 3.Susu Tin 15x 4.Gula 5kg
5. Biskut 6.Teh 2 pack (besar) 7.Daging 15kg 8.ayam 20ekor 
9.ikan 30kg 10.Bawang merah 1guni (besar) 11. Bawang putih 1guni (kecil) 12.mee kuning 10package 13.Kuew teow 10package 14.bihun 10pack 
15.telur 8papan 16.ikan bilis 2kg

Sesiapa yang ingin menghantar keperluan diatas terus ke tahfiz boleh terus datang ke tahfiz di alamat berikut:
No 15, Jalan Lautan Samudera 9/1, 
Seksyen 9, Bandar Puncak Alam 2, 
42300 Kuala Selangor, Selangor DarulEhsan

atau tuan & puan boleh menginfaq atau menyumbang melalui wang tunai dengan cara bank-in atau transfer fund ke Acc 
Darul Ulum Az-Zuhri
      12-168-01-003257-6 (BANK ISLAM)

SEGALA SUMBANGAN TUAN DAN PUAN SANGAT KAMI ALU-ALUKAN DAN HARGAI.

Sesiapa yang ingin menginfaq dan menyumbang makanan bulanan bagi DARUL ULUM AZ-ZUHRI boleh maklumkan kepada
USTAZ ZAID https://api.whatsapp.com/send?phone=60176463848

TERIMA KASIH. 


Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir,
dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf
yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya,
dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah,
dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum
yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah Ayat 60)




CALENDAR 2018


TERIMA KASIH di atas kunjungan anda ke halaman web ini. 
Semoga Allah SWT memberi kejayaan dan keberkatan dalam apa jua perkara yang anda usahakan.

Firman Allah SWT:

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa; "Ya Tuhan kami, 
berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat 
dan peliharalah kami dari siksa neraka".
 (al-Quran al-Karim: Al-Baqarah ayat 201)


| Website Design by: ABM | Manage by: JARIKU GLOBAL ENTERPRISE SA0364452-D |
| HOTLINE: 0105115185 / 0182092543 | Copyright © 2013-2017 Jaringan Komuniti Usahawanan Muslim All Rights Reserved | Kemaskini Akhir: 18 Jamadil Awal 1439H bersamaan 4 Februari 2018