BARLI - Makanan Berkhasiat Yang Disarankan Dalam Perubatan Nabi


Bee Pollen - Debunga Lebah 
Dengan Khasiat Menakjubkan




Daftar Sebagai Pengguna Bijak
Dapat Kredit Topup RM10 PERCUMA


"MASA ITU 
KEHIDUPAN"
"Jadikanlah hari ini 
lebih baik dari semalam 
dan rancanglah hari esok 
agar lebih baik
dari hari ini "

TAWARAN
PERKHIDMATAN
IKLAN BUDGET
di JARIKU
bayar RM1,000.00 
SEKALI SAHAJA
"JAMINAN WANG 
DIKEMBALIKAN"



TAWARAN
PERKHIDMATAN
IKLAN di
JARIKU
bayar RM1,000.00 
SEKALI SAHAJA
dengan"JAMINAN KEUNTONGAN"








KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR


























SELAMAT BERKUNJUNG KE HALAMAN 
INFO PERUBATAN JARIKU


Ya Allah ya Tuhan kami, jadikan kami insan yang sentiasa bersabar saat diberi ujian, sentiasa bersyukur ketika diberi nikmat kehidupan, sentiasa memaafkan ketika dizalimi, dan bukakanlah pintu hati kami untuk selalu dekat denganMu, kurniakan kami kesihatan yang baik, sihatkan keluarga dan sahabat kami yang sedang diuji dengan kesakitan. Semoga kami sentiasa mendapat ilmu yang bermanfaat dan terlepas dari segala kesulitan. Aamiin, aamiin, aamiin, ya rabbal 'alamin.

Mengapa anda mesti mengambil madu:
1. Madu satu satu bahan yg disebut oleh Allah dalam Quran sebagai ubat bagi manusia. 
2. Semua nabi nabi dan raja raja mengamalkan madu dari dahulu hingga hari ini. 
3. Semua manusia hebat seperti Kleopatra, Ibn Sina mengamalkan madu. 
4. Kajian saintifik hingga hari ini mendapati madu makanan kesehatan terbaik 
dan ubat terbaik untuk tidak kurang daripada 40 jenis penyakit. 

ANDA SUDAH MENGAMALKAN MADU TAPI TAK BERKESAN. DIMANA MASALAHNYA?

1. Madu yg anda minun tidak asli,  kerana kajian dari fakulti Perubatan Univ Malaya mendapati lebih 80% madu di pasaran palsu. 
2. Madu yg kita minun tidak mengikut kretiria Al Quran.  Madu yg mengikut kretiria Quran mestilah MADU LEBAH LIAR asli. Bukan madu dari lebah yg diternak dan diberi makanan buatan, 
bukan madu campuran dan bukan juga madu sintetik. 

UNTUK ITU PASTIKAN MADU ANDA 
1. ENZIMNYA DI ATAS 30,  di tampal pada lebel atau kemasan. 
2. Jelas identiti pemilik madu tersebut dengan meletakkan gambar wajah dan no tel pembekal.

Fakta hebat dan menarik tentang  LEBAH dan MADU

Seekor lebah mampu terbang sejauh 55,000 batu 88,513.92km untuk mengumpul nektar bunga dan mengunjungi 100 hingga 150 bunga untuk memenuhkan kantung diperutnya. Lebah ratu boleh bertelur sehingga 2000 telur sehari. Lebah jantan akan mati selepas mengahwini lebah ratu.

Lebah mempunyai 5 mata. Otak lebah madu pekerja berukuran hanya 1mm kubik dan memiliki jaringan neuropile terpadat diantara spesis haiwan. Lebah hanya menyerang jika dia terasa diancam atau diganggu. Lebah hanya mengumpul nektar dari bunga yang sama di dalam madunya.

Untuk kumpul 1kg madu lebah perlu terbang 99,000 km sehingga 180,000 kali jika jarak 3 km pergi balik seumpama mengelilingi bumi jaraknya. Lebah boleh menghidu  bau bunga dari jarak yang jauh. Lebah boleh mengenal semua warna kecuali warna merah. Lebah mengipas sayapnya sebanyak 11,400 kali seminit dan gerakan itu menghasilkan bunyi ' buzzzzzz.....' yang kita dengar seolah berdengung. Semua kerja pengumpulan lebah dihasilkan oleh lebah betina. Setiap nektar bunga  yang diambil oleh lebah diproses didalam perut lebah dan keluar sebagai madu bersama enzim terhasil secara semula jadi yang tidak boleh ditiru.  Adakah anda tahu bahawa dalam satu sudu madu itu mengandung 17gram karbohidrat maka secara tidak langsung madu akan memenuhi keperluan karbohidrat yang tubuh kita perlukan?.

Dengan mengamalkan makan madu mengikut sukatan tertentu kita tak perlu lagi memakan nasi, kentang, ubi atau makanan berkarbohidrat lainnya. Madu juga dapat menggantikan gula yang kita makan sehari-hari, jadi kesimpulannya madu tidaklah sama dengan gula-gula lainnya, kerana madu memiliki indeks glikemik yang rendah. Gula glukos dalam madu asli memberikann tenaga terus tanpa memerlukan insulin pada masa yang sama kadar mengawal gula sukros dan frukros supaya tidak merbahaya kepada tubuh badan.

"Jika lebah tiada di bumi manusia hanya dapat hidup tidak lebih 4 tahun sahaja"
-Albert Enstein-

Madu satu satunya disebut sebagai ubat penawar secara terus dan jelas dari Khaliq kepada hamba-Nya.


 "Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan".
(Al-Quran: Surah An-Nahl ayat 69)

PENGAMBILAN MADU ASLI BERTERUSAN MEMPERBAIKI KESIHATAN ANDA

MADU KAMI BUKAN TERNAK ATAU BELA IANYA HIDUP DALAM EKOSISTEM 
SEMULA JADI DI BUMI BERTUAH INI

100% ASLI TULEN & TERUS DARI HUTAN TROPIKA DENGAN KADAR ENZIM 36.2 
KADAR PALING TINGGI DARI MANA MANA MADU DI DUNIA INI 
RUJUK STANDARD CODEX

MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN 36.7 JUGA TERTINGGI DI DUNIA 
RUJUK HASIL ANALISA MAKMAL UNIPEQ, UKM BANGI

DARI SARANG LEBAH, POKOK HINGGA KE TITISAN LIDAH ANDA UNTUK MERASAI NIKMATNYA.
KANDUNGANNYA KEKAL SEBAGAIMANA DALAM SARANG ASAL 
HARGA MAMPU MILIK UNTUK SEMUA GOLONGAN 

Hubungi HOTLINE 
010-5115185 / 018-2092543

Tahukah Anda..apa yang dikatakan 
Total Phenolic dalam madu?

Selalu kita baca madu asli tualang liar hutan boleh mencegah dan membantu merawat penyakit kerana ia mengandungi total phenolic yang tinggi.
Untuk pengetahuan semua  antioksidan berada salah satu elemen penting dalam "total phenolic." 
Apa pula antioksidan? Apa pula maksud sebenar antioksidan? 
Enzim ke? Vitamin ke? Hormon ke?

Jika kita menggunakan dan meminum madu, kita harus tahu apa itu antioksidan dan faham 
bagaimana ia bertindak untuk menangani penyakit. “Anti” bermaksud lawan/tentang.
“Oksidan” ialah sesuatu yang menyebabkan kehilangannya elektron pada sesuatu molekul yang lain. Antioksidan merupakan molekul yang mampu melambatkan atau mencegah proses pengoksidaan molekul lain. - wikipedia

Contohnya, apabila kita letak buah epal di udara, lama kelamaan buah epal itu akan bertukar warna. Satu lagi contoh ialah apabila besi menjadi karat. Ini adalah proses yang serupa apabila badan kita teroksida. Sel-sel badan kita yang teroksida boleh menghasilkan radikal bebas (free radical) yang akan menyebabkan mendatangkan penyakit. 

Dalam konteks tubuh manusia, molekul yang kehilangan elektron dikenali sebagai radikal bebas. Ia merupakan oksidan yang akan mengambil elektron dari molekul yang sihat dan seterusnya merosakkan sel, tisu, organ dan sistem tubuh. Antara unsur dan faktor terbentuknya molekul radikal bebas dalam tubuh adalah pencemaran udara, asap rokok, toksin dan kimia, kurang oksigen, lebihan gula dan lemak dalam pemakanan. Jika kurang antioksidan dalam badan, sel tubuh akan cepat rosak dan menua, dan keadaan ini dikenali sebagai "oxidative stress".

Antioksidan akan bertindak memberi elektron kepada molekul radikal bebas tadi dan meneutralkannya semula, atau sel itu akan dinyahkan dengan proses tertentu. Apabila molekul mendapat elektronnya kembali, ia akan membentuk sel yang normal dan sihat.
Berasaskan *Total Phenolic* inilah Dr Suri Roowi saintis dari MARDI mencipta teknologi terkini mengenali ketulenan madu dan peranannya untuk melambatkan penuaan dan melawan  penyakit. 


Dr Bazrul bersama Dr Suri Roowinbsp
Saintis Madu dari MARDI

Untuk pengetahuan semua madu lebah liar hutan Dr Bazrul yang diambil terus dari hutan mempunyai Total Phenolic " atau antioksidan" yang tertinggi setakat diketahui iaitu sebanyak 35.7. Anda boleh dapatkan madu asli liar hutan yang antioksidan tertinggi dari mana mana penjual madu yang jujur dan tidak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntongan semata-mata. 

HOTLINE: 010-5115185 / 018-2092543 / 018-6674384

Madu Tualang?
Apa yang hebat sangat madu tualang??

Ayuhlah, biar kami pimpin anda mengenali keunikkan Madu Tualang sedalam-dalamnya secara ilmiah. Percayalah kami tidak akan membazirkan masa anda untuk penerangan perkara yang remeh temeh tapi suatu hakikat sebenar yang sering dilupakan iaitu madu penawar yang turun bersama wahyu. Perbincangan kami(saya dan Dr Bazrul) dengan Dr Suri Roowi saintis dan pakar madu dari MARDI telah membuka sejarah dan lembaran baru madu tualang Malaysia. Anda mungkin tak kenal atau tak pernah dengar mengenai madu tualang, jadi tugas utama kami ialah berusaha sedaya upaya kami membantu anda memahami pentingnya kembali kepada petunjuk wahyu yang diturunkan sebagai penyembuh bagi manusia.

KHASIAT MADU TUALANG

Madu Tualang diakui madu natural terbaik di dunia, memiliki kandungan enzim dan antioksidan yang tinggi serta memenuhi segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh ANDA untuk;
Sumber tenaga Menambah Stamina Spontan Melancarkan darah Meningkatkan semangat & prestasi seksual Melancarkan sistem pencernaan Mengubati Luka Meningkatkan metabolisme tubuh Meningkatkan kecerdasan minda, hafalan dan selera anak  Nutrien lengkap ibu hamil & banyak lagi...

Dijamin ASLI 100% & InsyaAllah menjadi madu terbaik di dunia kerana terus dijaga dari hutan ke lidah anda dan berdasarkan analisis makmal UNIPEQ, UKM mengikut standard  antarabangsa CODEX. Dengan kadar keaktifan enzim diatase DN (enzim elemen penukar gula) setinggi 36.2 (setakat ini bacaan tertinggi) melebihi piawai standard dunia CODEX, Total Phenolic "Antioksidan"  35.7(anti kanser) adalah tertinggi didunia, Sukros(gula bahaya untuk pesakit diabetis ) hanya 0.01 dan HMF(toksik) hanya 0.9(hampir tiada).

Kami tidak bercakap tanpa fakta, anda boleh bandingkan keputusan makmal ini dengan keputusan makmal madu lain. Diambil dari paras lebih 70 meter dari paras bumi dengan penuh kesukaran onak dan duri dan  dengan ini madu tualang liar hutan terus unggul madu terbaik dunia. Menjadi penawar untuk segala penyakit dengan izin Allah SWT.

Bayangkan pemanjat kami memasuki hutan adakalanya sehingga 40km jauh kedalam terpaksa menyeberangi sungai, memanjat pokok yang ada ketikanya tiada madu dalam sarang, gangguan misteri, proses menurunkan madu dan paling berat proses membawa keluar madu dari hutan ke bandar terus ke lidah anda. Anda sanggup??

Awas! 80% madu di pasaran adalah PALSU!
Jaminan wang 100% dikembalikan jika terbukti tidak asli melalui ujian makmal. Bukan sahaja wang dikembalikan kos makmal juga kami tanggung.



JADILAH PENGGUNA BIJAK !

SIAPA PENGGUNA BIJAK ?
PENGGUNA BIJAK ialah orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri dan keluarganya dengan cara yang memuaskan hati disamping rasa beruntung menggunakan perkhidmatan dan produk yang telah dibeli.

PENGGUNA BIJAK ialah mereka yang tidak mudah tertipu dengan gimik iklan atau pujukrayu ejen/wakil jualan sebelum dia benar-benar meyakini kebaikan dan manfaat produk atau perkhidmatan yang hendak digunakan.

PENGGUNA BIJAK tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan sebelum pihak yang menjual membuktikan tentang keistimewaan dan faedah yang boleh diperolehi dari pembelian produk dan perkhidmatan tersebut beserta harganya yang munasabah.
Kita semua perlu menjadi PENGGUNA BIJAK tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalam masyarakat. Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan yang diharapkan boleh memberi kebaikan kepada semua pihak.

AWAS! BAHAYA MADU DARI CHINA, 
BOLEH MEMBAWA KEMATIAN !!!
=================================
Posting daripada Group WhatsApp 1Pengguna Madu Dr Bazrul 

Dulu saya dan Dr pernah post pasal madu dari Arab dan China, dengan niat agar rakyat Malaysia tahu keadaan sebenar industri madu.

Kali ini saya sertakan klip video berita di luar negara, dan menariknya berita ini sebut nama Malaysia dan Vietnam sebagai tempat persinggahan madu China untuk di jenamakan semula!

Label mungkin diganti jadi madu tempatan, madu arab, dan madu eropah. Ya Allah...

Faktanya lagi, Malaysia import 80% daripada keperluan madu lebah dari luar negara (terutama daripada negara China, Vietnam dan Australia) dengan jumlah import sebanyak 2,912 metrik tan pada tahun 2012 (Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia)

Petani lebah madu di China campur antibiotik kuat jenis Chloramphenicol ke dalam makanan lebah ternak, agar terhindar dari serangan kuman penyakit. 

Dengan itu, produksi madu akan bertambah, harga jadi murah.

Bila Chloramphenicol dapat dikesan dalam madu, mereka pakai antibiotik jenis lain pula yang belum mampu terbaca oleh alat pengesan atau belum diregulasi.

Bila dijalankan test madu asli seperti reducing sugar, enzyme diastase, moisture dll semuanya 100% lulus. Sebab apa? Sebab ia 'ASLI'.

Licik bukan?

Dulu kes bagi lebah makan gula, bermula di China dan luar negara, sekarang saya dengar penternak lebah di Malaysia pun sudah mula berjinak2 memberi makan gula kepada lebah mereka terutama di musim hujan ketika lebah tidak aktif mencari nektar bunga. Cukuplah setakat itu.

Cukuplah, janganlah pula berjinak2 dengan  antibiotik Chloramphenicol atas dasar keuntungan semata. 

Note: Antibiotik Chloramphenicol adalah antibiotik kimia yang dicampurkan ke dalam madu dan amat berbahaya bagi sesetengah orang yang alahan dan boleh membawa maut. 

Saksikanlah video berikut 


MENGAPA MADU HUTAN KADANG2 BERGAS SAMPAI MENGGELEMBUNG BOTOL ATAU BUIH MELIMPAH?
==============================

Madu Dr Bazrul adalah madu fresh turun dari sarang, pemeriksaan kualiti, tapis dan terus 
Dibotolkan. Jadi, terkadang kita boleh saksikan sendiri fenomena alamiah madu tualang 
bila terkena goncangan saat pengeposan.
Kenapa jadi fenomena ini? 

1. Kadar air madu hutan yang tinggi. Tetapi tidak setinggi kadar air madu kelulut.

2. Aktiviti aktif enzimatik (diastase)DN

3. Tekanan dari dalam madu akibat dari goncangan ketika penerimaan.

4. Fermentasi alamiah madu secara natural atau semula jadi.

Gas yang keluar hampir sukar ditampung oleh botol. Tetapi jangan khuatir kerana khasiatnya masih tetap sama.

Bagi mengurangkan dan mrngelakkan kejadian madu melimpah akibat gas madu dan buih;

1. Diamkan botol madu selama 24 jam sebelum penutup dibuka.

2. Sebaiknya diamkan dalam peti ais bahagian bawah sahaja untuk meredakan tekanan gas.

3. Letak dalam mangkuk sekiranya madu tetap mengeluarkan buih. Jangan dibuang 
ke dalam sinki! Madu akan kembali ke bentuk semula apabila tekanan gas hilang. 

Pun begitu, masalah madu melimpah ini sudah diatasi 99% kerana Dr Bazrul telah 
menggunakan botol anti-pecah dan anti-tumpah! Abis2pun, botol je menggelembung cuma yang botol kaca kadang kala masih terjadi.

SOAL JAWAB MENGENAI KETULINAN MADU !!! 

Saya menerima pesanan pertanyaan seperti ini
"Madu Sidir merupakan madu dari Negara Yaman yang terbaik di dunia. Khasiat Madu Sidir dikatakan yang paling tinggi nilainya dan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ianya mempunyai khasiat 5 kali ganda daripada madu lebah ternak. Madu ini diambil dari pohon Sidir (Bidara) di Lembah Dau'an Hadramaut, Yaman.

Maahad al-Iman mengambil ruang dan peluang terbaik ini untuk memasarkan Madu Sidir ini sebagai sebahagian dari usaha pengumpulan dana pembangunan dan memperkenalkan Maahad ini kepada masyarakat.

Dapatkan yg asli dari kami..RM170 (350gram)
Hubungi kami:...."

Tamat.

Jawapan saya
Tidak dinafikan ada madu dari tanah arab antara terbaik dunia tetapi ianya amat sedikit dan sukar diperolehi. Namun begitu madu terbaik perlu ada sokongan dan bukti dakwaan yg ianya asli dan boleh merawat penyakit. Untuk itu kajian makmal diperlukan untuk mengetahui sejauh mana ketulenannya. Kita belum tahu sumber sebenar madu itu.Sebagaimana yang kita tahu bahawa kajian menunjukkan 80% madu dipasaran adalah palsu sekaligus menyumbang kepada tambahan penyakit dari penyakit yg sedia ada. Maka hati hatilah. Minta tunjuk analisa makmal baru boleh umun terbaik jika hasil analisa tiada siapa pun boleh bagitau madu dia terbaik dan asli.

Tengok kadar gula sukros dan fruktos serta glukos. Lihat juga HMF, Enzim dan antioksidan ini elemen penting menentukan ketulenan madu dan mampu merawat penyakit bukan sekadar dakwaan tanpa bukti. Samada madu sidir, khaula, manuka serta kelulut atau lain madu dunia perlukan data analisa makmal untuk pengesahan. Justeru itu pengguna perlu bijak minta analisa makmal atau penjual memaparkan dalam kemasan label untuk menyokong dakwaan yang mengatakan madu terbaik dunia. Wallahua'lam .


ULASAN daripada Dr BAZRUL 
mengenai beberapa persoalan tentang MADU

[06/02, 07:35] Bazrul: Madu sidir madu termahal di dunia, harganya di atas RM 9000/kg. Baru ni seorang kawan agen saya yg agak kaya,  beli madu sidir RM 5000 sebotol hanya sekitar 1/2 kg. 

Madu sidir yg beredar di Malaysia tak ada enzim, hfm tinggi. Memang madu palsu. Dr. Suri Rowi  (timbalan pengarah mardi), pernah beli madu sidir terbaik dgn harga RM 2000/kg, bila bawa ke makmal tak ada khasiat langsung (perbincangan di makmal Dr. Suri). 

Lalu pendapat yg mengatakan madu sidir Yaman terbaik di dunia mungkin betul,  tapi bukan madu sidir yg beredar di Malaysia. Madu sidir ori,  hapir tak ada d pasaran,  sudah ada pembelinya yg terdiri dari jutawan jutawan Arab,  raja raja dan org org kaya lainnya.

[06/02, 07:38] Bazrul: Kalau tak percaya cuba cek enzim dan hmf pd madu sidir yg dia jual. Tapi masalahnya mereka tak mahu melakukan ujian enzim dan hmf di makmal. Padahal kosnya hanya RM 250. 

Saya pun bincang dengan  ramai pakar madu,  hanya ujian enzim saja yg dapat menentukan keaslian dan qualiti madu,  yg lain semua prmbuat madu palsu dah boleh tiru.

[06/02, 07:41] Bazrul: Apakah Madu Yaman di Malaysia Asli? Ini jawabannya.

"Madu sidir yg sebenar sangat susah di dapat dan ia madu termahal di dunia. Harganya mencapai puluhan ribu 1kg, itu makanan orang orang kaya spt jutawan jutawan arab,  kerabat raja dll, tak masuk dlm pasaran. (Madu sidir hanya boleh didapat 2 kali setahu. Kecuali musim hujan).

"Madu sidir Yaman mungkin lebih baik dari atau setanding dgn madu kita. Tapi madu sidir yg beredar di Malaysia bukan madu sidir yg sebenar."

" Saya kena cakap yg sebenarnya, kasihan org ramai beli madu Yaman sampai RM 500 sekilo, padahal tak ada apa apa khasiatpun. Baru baru ni saya terbaca lagi, eskport madu Cina terbanyak ke Yaman tiap tahun. Maknanya begitu banyak madu madu yang tak jelas kedudukannya (kemungkinan besar madu sintetik) di bawa masuk ke Yaman, kemudian dijual di Yaman. Maka jadilah madu sidir Yaman.

" Jadi madu Yaman yg berjuta tan metrik banyaknya itu sebenarnya bukan madu sidir. Ia madu ternak yg lebahnya minun gula dan ada juga madu dari luar Yaman yg tak jelas kedudukannya (kemungkinan madu sintetik)."

"Ya madu sidir Yaman asli tak ada masuk malaysia. Madu sidir Yaman sangat sikit, hampir tak wujud. Buat pengetahuan Tuan utk dpt 100grm madu, diperlukan lima puluh ribu kuntum bunga. Madu sidir Yaman yg beredar di Malaysia sekitar 80 tan metrik sebulan. Yg ke Indonesia, pakistan dan seluruh dunia Yaman export berjuta tan sebulan. Kalau seluruh Yaman penuh dgn hutanpun belum dapat mengeluarkan madu sampai 100 tan sebulan. Ini berjuta tan, sdgkan pokok sidir di Yaman tu sikit sangat."

[06/02, 07:42] Bazrul: Madu sidir yg beredar di Malaysia tak ada quality..


ULASAN dari ahli group WhatsApp 
1Pengguna Madu Dr Bazrul

[07:52, 2/6/2018] +60 13-593 4676: Saya nasihatkan supaya jangan jual mana mana madu termasuk madu sidir sebelum buat ujian enzim dan hmf. Kosnya tak mahal,  ujian enzim RM 250, hmf RM 150.

[07:55, 2/6/2018] +60 13-593 4676: Hati-hati madu palsu menguasai pasaran madu di seluruh dunia,  termasuk Yaman dan Malaysia.  Bahan campuran madu palsu termasuk bahan bahan haram dan berbahaya seperti arak, pengawet mayat,  minyak pelincir, tawas dll. Hari ini tanpa kita sedar setiap hari ustaz, pelajar tahfiz minum arak melalui madu.

[07:57, 2/6/2018] +60 13-593 4676: Bahkan banyak juga madu palsu yang dicampur dengan steroid, viagra.

[08:02, 2/6/2018] +60 13-593 4676: MELALUI GREOP WASHAP INI SAYA MERAYU TERUTAMA KEPADA USTAZ,  MADRASAH DAN PENGEDAR MADU YAMAN,  ARAB DLL,  JANGAN JUAL MADU TERSEBUT SEBELUM ANDA MEMBUAT UJIAN ENZIM DAN HMF.  BUATLAH UJIAN SECARA RAWAK MADU YG DIBEKALKAN KEPADA ANDA.


Bawalah madu anda dan periksa di sini :
Unipeq Sdn. Bhd.
UKM-MTDC Technology Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia, 
43600 Bangi, Selangor
Tel: 03-8921 5965 https://g.co/kgs/a2kwyE


TERIMA KASIH di atas kunjungan anda ke halaman web ini.
Semoga Allah permudahkan semua urusan, disamping memberi kejayaan dan keberkatan dalam apa jua perkara yang kita usahakan.

Firman Allah SWT:

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa;
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".
 (al-Quran al-Karim: Al-Baqarah ayat 201)


| Website Design by: ABM | Manage by: JARIKU GLOBAL ENTERPRISE SA0364452-D |
| HOTLINE: 0105115185 / 0182092543 | Copyright © 2013-2018 Jaringan Komuniti Usahawanan Muslim All Rights Reserved | Kemaskini Akhir: 15 Safar 1440H bersamaan 24 Oktober 2018