.
.
>Wadah Penggerak Ekonomi Ummah<
..







MASA ITU KEHIDUPAN
"Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan rancanglah hari esok agar lebih baik dari hari ini"












KONSEP ISTIKHLAF TERHADAP HARTA ALLAH
Salah satu nilai rabbani yang paling utama dalam ekonomi Islam adalah nilai agung yang menetapkan bahawa manusia bukanlah pemilik harta tetapi dia hanya diberi kuasa untuk memanfaatkan harta Allah Ta’ala. Nilai inilah yang memastikan adanya unsure rabbaniyah (ketuhanan) di dalam sistem ekonomi Islam.
          Seorang Muslim meyakini bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, bekerja di tanah yang merupakan bumi Allah, dengan kemampuan yang diberikan oleh Allah dan dengan peralatan yang merupakan kurnia Allah. Dia melakukan pekerjaannya mengikut kaedah-kaedah alam semula jadi yang diciptakan Allah.
          Sekiranya dia memperolehi hasil maka itu adalah harta Allah. Allah-lah yang telah menciptakannya dan Allah-lah yang memilikinya. Manusia hanyalah pemegang amanah yang diberikan kuasa untuk memanfaatnya.
...
Sedutan dari: http://usahawanislam.blogspot.com
--------------------------------------------------->>>
EKONOMI 
   BERKHIDMAT 
       UNTUK AQIDAH
Dalam Islam ekonomi bukanlah merupakan tujuan, tetapi ia adalah salah satu keperluan manusia dan cara yang lazim bagi mereka agar dapat terus hidup dan bekerja untuk matlamat yang tinggi. Maka ekonomi hanyalah penolong kepada manusia dan berkhidmat untuk akidah serta risalahnya.
          Islam merupakan sistem sempurna bagi kehidupan inidividu dan masyarakat. Ajaran Islam merangkumi pelbagai aspek pemikiran, rohani dan akhlak manusia, juga aspek ekonomi, social dan dan politiknya.
          Maka ekonomi hanyalah satu bahagian daripada pelbagai segi kehidupan. Meskipun ia merupakan bahagian yang penting, namun ia tetap bukan merupakan dasar daripada asas kehidupan ini, bukan pusat ajaran-ajarannya, bukan matlamat risalahnya, bukan tajuk utama dalam tamadunnya dan bukan tugas utama yang harus dikerjakan umatnya.

Aqidah Sebagai Asas Kepada Sistem Kehidupan
          Sistem kehidupan manusia mesti didasari di atas keyakinan menyeluruh tentang alam semesta, kehidupan dan manusia serta hubungannya dengan Tuhan Yang menganugerahkan kehidupan dan menciptakan manusia.
          Hanya akidah dan keyakinan seperti ini sahajalah yang mampu berinteraksi dengan akal dan sesuai dengan fitrah semula jadi manusia dalam menafsirkan kewujudan dirinya di alam semesta.
          Keyakinan tersebut jugalah yang mampu memberikan jawapan terhadap soalan-soalan yang sentiasa merungsingkan jiwa manusia semenjak dia mulai pandai berfikir dan merenung: Dari Mana? Hendak ke mana? Dan Mengapa?

Sedutan dari: 
http://usahawanislam.blogspot.com
<<<--------------------------------------------------











 
 

 



Selamat datang ke halaman utama
JARINGAN KOMUNITI USAHAWAN MUSLIM(JARIKU).

JARIKU adalah komuniti peniaga, usahawan dan profesional yang menitikberatkan kerjasama dan perkongsian dalam kepelbagaian aktiviti berkaitan perniagaan, perundingan, pengurusan dan perkhidmatan. Semua peniaga, usahawan dan profesional adalah sangat dialu-alukan untuk bersama-sama menyertai komuniti ini. 
Menerusi sokongan anda semua insyaAllah kewujudan komuniti ini akan memberi manfaat bukan sahaja dikalangan peniaga, usahawan dan profesional, malah kepada semua pelanggan, pengguna dan khususnya umat islam yang kebanyakannya pada hari ini telah mulai sedar akan keperluan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti lagi halal yang diusahakan sendiri oleh para peniaga, usahawan dan profesional muslim. 

Kepada para peniaga, usahawan dan profesional yang berminat menyertai komuniti ini, anda boleh kenalkan produk dan perkhidmatan anda secara percuma di sini dengan mengisi borang penyertaan secara online di pautan berikut:
SILA KLIK DI SINI >>><<<
Pengkalan data kami akan mengumpul semua maklumat yang anda berikan melalui borang penyertaan yang kami terima dan seterusnya akan menyenaraikan perniagaan, produk dan perkhidmatan anda di halaman
DIREKTORI JARINGAN KOMUNITI USAHAWAN MUSLIM EDISI INTERNET



untukdikongsikan oleh semua pihak yang berminat mendapatkan maklumat mengenai produk, 
perkhidmatan dan perundingan yang anda tawarkan menerusi komuniti ini. 

TERIMA KASIH di atas kunjungan anda ke halaman web ini.
Semoga Allah SWT memberi kejayaan dalam apa jua perkara yang anda usahakan.

Firman Allah SWT:

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia 
dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".
 (al-Quran al-Karim: Al-Baqarah ayat 201)

RUANGAN IKLAN/BANNER











Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman web ini. 
Kami doakan semoga Allah menganugerahkan kejayaan dan keberkatan 
dalam setiap apa jua perkara yang anda diusahakan.

Ciri-Ciri Usahawan Yang Menepati Ajaran Islam

Bersyukurlah kepada Allah kerana dilahirkan Islam. Bersyukurlah kepada Allah kerana diberikan rezeki menjalankan perniagaan. Mengerjakan perniagaan adalah amalan mulia dan dituntut dalam agama malah nabi sallallahu 'alaihi wasallam adalah usahawan yang amanah, cemerlang dan menjadi contoh tauladan yang baik.Setiap usahawan perlu menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi ajaran agama dengan baik dalam kehidupan seharian dan perniagaan agar menjadi usahawan yang benar-benar diredai Allah yang Maha Pencipta. Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan Islam yang benar-benar menepati syarak dan diakui oleh Islam serta diredai oleh Allah dan Rasul-Nya. Antara ciri-ciri tersebut ialah:  Sedutan dari: http://pusman9.blogspot.com/


Ciri-Ciri Usahawan Muslim Yang Berjaya
Usahawan Muslim merupakan muslim yang berterusan mencari, mengembeling  dan memanfaatkan kurnia Allah selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan Sunnah. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada diri seorang usahawan muslim ialah:
  • Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.
  • Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan.
  • Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi.
  • Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan.
  • Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber.
  • Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat.
  • Berfikiran terkehadapan ..




  • MOHON KAD TONEPLUS HARI INI! 
    Dapatkan Perlindungan Insuran Kemalangan bernilai RM100,000 dan banyak lagi keistimewaannya...
    ----------------------V----------------------















































     

    ______________________________________________________________________________________________
    | Web Design by: ABM | HOTLINE: 0105115185 / 0186674384 | Copyright © 2013-2016 Jaringan Komuniti Usahawanan Muslim All Rights Reserved | Kemaskini Akhir: 7:40AM 7/9/2016 |